Sunday, November 22, 2009

Saturday, November 7, 2009

memori lapan belas


peristiwa berlaku ada dua ekor ular menyorok bawah tong dram .... besar giler ..takut beb,,,arwah abah ambik asid dengan air panas curah pada ular tu..mengelupur beb tak lama lepas tu,,,jumpa seekor lagi ular hitam dalam reban ayam....kak long masa tu bawak room mate dia cina perak kat rumah . pantang dia... lepas makan tak bole duduk.... setengah jam kena jalan takut bumper besar... masa nilah kak long mula bercinta dengan bang taza kot...ada suatu pristiwa kaki arwah abah telah dihempap oleh kayu api yang belum dikapak, kena jari kelengkeng , hampir putus.. cian arwah..balut dengan plastik je ...kat Air kuning ni aku kena jahit kat bibir 5 jarum sebab kena kayu hoki batang ubi.. masa ni juga ayim (anak jiran) kena belasah kat bapak dia separuh mati sebab tak jaga kambing.. ada satu peristiwa tangan aku patah lepas amik pereksa penilaian darjah 5.. seronok ari pertama.. soalan senang..ari kedua duduk hospital keputusan dapat 1A 1B 1C 2X (sebab tak hadir)... arwah kecewa merayu kat sekolah nak ambil pereksa kat hospital tapi diorang tak kasi. huhuhuhu

Friday, November 6, 2009

MEMORI TUJUH BELAS

kat Air Kuning kami dah ada letrik petik suiz nyala , berbanding dgn pengkalan Kempas lampu gasolin tapi masalah air lak ...kat sini air minum kena ambil kat perigi kedai Apuk..sebab air paip nya tak melalui syabas ...pam... dari lombong tinggal, kami anak beranak mandi kat tempat ,orang cuci getah, air dia laju macam air terjun beb..sebab getah paip dia besar..kak ngah masa ni kat Tunku Durah , kaklong dah masuk belajarkat IMR.. ayi belajar kat methodist seremban, baha, sek. men. Rantau ..kayuh basikal beb... 8 km, aku sekolah linggi dengan sitah dilah Tadika Cina

air kuning ni horror sikit bangcik pernah jumpa lembaga hitam kat pokok ubi eeee seram...keluarga kami kat sini dipandang tinggi sikit anak polis katakan... aku punya jahat dulu pernah curi itik wak tengah, ada satu abang suruh, dia laki bini masak, aku dan kawan aku bedal.. susah beb curi itik (aku menyesal ...Ya Allah ampuni dosa ku) kat air kuning kitorang belajar berenang kat field 4 , dalam ....giler beb aku pernah lemas jugak beb.. kolam reakreasi kat selekoh... tempat cuci kasut ada satu kolam lagi...aku baru teringat nak jadi pemimpin yang bagus mesti pernah bela kambing( nabi. s.a w. pengembala kambing) kat sini aku tolong pak cik kamal bela kambing banyak beb 100 ekor lebih .syok tengok kambing mengawan beb bek..bek..emm bekkkk

Monday, November 2, 2009

Memori Enam Belas

aku tak tahu sebab apa arwah abah ditukarkan ke Leong Hin San, nak kata promotion tak masih konsetabel jugak... aku tak perlu tahu sebab.. kerana aku tika itu baru darjah Empat (10 tahun) ayi 12tahun, baha 14 tahun. refresh sikit depan rumah aku ada rumah asap untuk keringkan getah ..sebelah kiri rumah mak iti lakinya nama derus, anak nya ramai perempuan yang aku ingat nyior kelapa gading... sebelah kanan arwah ayah buat reban ayam dan depan ada padang tanah merah tempat kami main hoki batang ubi..yang istimewa kat dini tiada disediakan tandas...so kami buat sendiri tandas curah terus menuju ke sungai... berdindingkan plastik gula pasir.. belakang rumah kami ada longkang curam, jadi aruah abah buat jamban tengah tengah .. so memang laju le tut tut masuk ke sungai... sebelah kiri hujung rumah ada kilang getah SMR (std msia rubber) dia punyer bau memang kick macam hidu gam beb... tepi kilang ada rumah Tony Tonydorashid (auw auw) tepi rumah tony ada kolam tinggal ... aku pernah lemas dan hampir kat kolam ni alhamdulillah ada budak cina dan baba tolong selamatkan aku ..syukur alhamdulillah.. mak ngan arwah abah tak tahu peristiwa ni... kalau tidak nahas aku....huhuhuhu

Friday, October 23, 2009

Memori lima belas

KEDAI APANG

Aku masih ingat lagi kedai ni... cina ni tukang gunting rambut...kerjanya asyik mengeluh saja sepanjang masa...... hai...ya..... hai...ya. hai ...ya macam ada satu rentak keluhan....ada customer pun dia mengeluh tak ada pun dia mengeluh hai...ya ...hai ya...hidup lagi ke dah mati apang ni hai... ya .... hidup pun susuah ... hai...ya mati.. pun susah hai...ya...... ado keto deba tak do ada deba keto tak do poning kepalo den hai...ya.... nang botinang kui botikui... makna melayu orang bukan orang hantu bukan hantu.... hai...ya ( minggu depan aku beralih cerita kat Ayer Kuning Leong Hin San Estate)

memori empat belas

LARI PASSING BATTON

Aku masih ingat lagi kat Pengkalan Kempas ni banyak tragedi lari keliling rumah , pelarinya ayi dan baha ...bukan lari suka suka tapi kena kejar oleh omak dengan gotah paip, aku tak tahu apa puncanya ...tapi selalunya lepas....macam lipas kudung beb.. aku tak terlibat ..cuma aku nak syer sikit ... aku ni tak le baik sangat tapi sampai hari ini masih teringat arwah cukup marah dengan ...puncanya aku tak ingat.... dia tak pukul ...tapi dia sudah kasi ludah aku punya muka ... sampai hari ni aku masih ingat lagi.. hu... hu... hu.... dia marah bukan benci tapi sebab dia sayang .... aku respect arwah abah dalam keadaan susah dia mampu membesarkan kita semua .... anak anak mklinggi jangan lupa sedekahkan fateha setiap kali lepas sembahyang tau.. arwah ajar setiap kali lalu kubur orang melayu je jangan kubur orang cina lak atau sama waktu dengannya bacakan fateha hadiahkan pada Rasullullah, Arwah abah dan seisi kubur kat situ....ada faham.....

Wednesday, October 21, 2009

memori tiga belas

aku masih teringat di Pengkalan Kempas
kita ada seorang benggali yang namanya MALA ( besar giler badan dia ..lelaki le )
dia ada kereta lembu
so petang petang kalau lepak lepak
kita orang naik kereta lembu
yang syok tu arwah abah dari atas bukit dia jerit
hei!!!!!!!Mala mana lembu boleh gostan
rumah Mala dekat gudang tinggal, berdepan tempat kak Long kerja cuci getah

memori dua belas

lagu kenangan (aku masih teringat)

le....lapkan la.... mata ,
jangan.... risau... ayah..... nyanyikan
aduhai sayang... buah hati ayah
pesan ayah.. buat la azimat
baik budi bahasa....nanti orang suka
(siapa yang tahu lirik penuh dan penyanyi tolong )
lagu ini juga antara dnyanyikan ketika membuai dillah
selain selawat nabi yang panjang panjang
nashid ila ilas tulill firdaus siaa la .....

memori sebelas

lagu kenangan arwah ayah (tiba tiba aku jadi teringat)

Lirik

Chik kecik ke bun chik ke chik ke bun
anak kecil rajin le belajar
bila besar pergi sekolah
boleh tolong ibu dan ayah....

lagu ni didendangkan tika membuai adik dillah kita sodihkan
siapa tahu penyanyi dan lirik penuh sila komen

Monday, October 12, 2009

Memori Sepuluh

(sambungan) cerita pasal berbasikal ni aku memang tabik spring dengan abang aku baha, baru umur 11 tahun.. dah boleh harap, bayangkan dari Pengkalan Kempas ke Linggi lebih kurang 3 batu (4.5 km) dia kayuh basikal 3 ke 4 kali sehari pergi kedai mamak Brahim beli barang dapur.. keluarga kami dari dulu dah pandai guna kad kredit tapi bukan le kad tapi buku 555. kemarin aku balik kg (11 Okt. 2009) aku tengok kedai Brahim tu dah jadi usang dan tinggal kosong ... dengarnya lepas abis saja ayah aku bayar hutang ribuan ringgit tu dia pun cabut balik India .(Leman Brother).. Ayi cerita tentang dia aku tak berapa ingat kat Pengkalan Kempas.. sebab dia ni jenis study punyer kaki .. arwah abah memang menaruh harapan besar pada ayi untuk bawa balik keta mecidis dah besar nanti, dalam kelas kat sekolah rendah dia top 5 .. cita cita nak jadi Doktor .. aku, baha .... kira boleh tahan je ler sita pun macam aku je .. sebab sitah ni badan..dia masa kecik cekiding je, masa kecik2 dulu dia pernah kena air panas kat dada kesian dia ... dulu cekeding je tapi sekarang tuuut (bersambung) nape ya.. mungkin sebab kuat minum teh tarik atau sirap bandung kot..Dila pulak kat Pengkalan Kempas masih kocik lai anak manja le katakan..

Thursday, October 8, 2009

Memori Sembilan

(Sambungan) Seingat aku masa kecik kecik memang kami susah emak dan abah selalu berselisih faham pasal masalah duit, nak buat camna anak ramai.. kalau memasak mak gunakan dapur kayu, pastu masa tu tak ada letrik plak tu , jadi malam pakai lampu gaselin.. aku masih ingat lagi kalau kami nak tengok cerita melayu ramai ramai naik land rover pergi ke Balai Polis Linggi tumpang tengok kat rumah jiran kat Linggi.. ada yang suka ada yang semacam je...,tu kalu nak tengok cerita melayu.. kalau nak tengok cerita kartun petang petang giant robot, yang jadi mangsa abang aku le baha aku duk belakang je.... ayi satu basikal baha satu basikal tengok lak kat rumah kak Rubi (anak angkat mak)kat sekolah . bila terkenang sedih gak tapi kami adik beradik cukup rapat, sebelah malam arwah abah ajar ngaji, kalau main main dia tempik kuat kuat biar lari setan ..dan kami pun lari, tapi kitaorang banyak main main ngaji pening arwah abah (bersambung)

Wednesday, October 7, 2009

Memori Lapan

(Sambungan) Mak pulak lagi kesian pagi pagi kayuh basikal pergi kerja kat Estet Sengkang ( Jauh tu..) pastu petang buat kuih cucur udang , kaswi sebelah malam lak buat kueh karipap ... kadang bila terlampau letih sambil terlelap dia mengentel karipap. Selalu kalau mak buat kueh sebelah petang yang akan jadi mangsa tukang jual ialah aku.. Selalunya aku ambil komisen jualan rm1.00 aku ambil 10 sen, nak jadi cerita satu hari tu sedang jual kueh depan kedai runcit kepala besar aku kena kejar dik anjing apa lagi berterabur lah hasil jualan.. aku masa tu umur baru 7 tahun, takut balik nanti kena marah kat Omak aku kutip kueh cucur udang dan kaswi tu, yang dah penuh dengan pasir, apalagi kepala otak ligat nak jual kat sapa , mesti orang tak nak , tapi masa tu Allah nak tolong datang ilham jual kat kedai todi ,orang mabuk mesti lapar dan tak tau apa apa..sampai depan kedai todi tu, takut jugak aku tengok India mabuk merah je mata tengok aku pastu dia panggil aku hei!! budak mari sini kasi semua itu kueh!! dia pun makan le dengan geng geng mabuk. aku tengok dia kunyah berderab derab bunyi batu.. hei!!! budak ini kueh ada kacang ke, banyak keras ,akupun angguk jele..lepas dia bayar.. akupun cabut lintang pukang..sampai hari ni mak aku pun tak tau peristiwa ni.. pada India mabuk tu jika masih hidup dan tengah tengok blog aku .. aku minta maaf banyak banyak.aku lakukan ni kerna aku terpaksa, sebab kami orang susah..

Monday, October 5, 2009

memori Tujuh

(Sambungan) Bila cerita pasal susah, memang sedih,aku tabiklah pada aruah abah dan mak yang mampu membesarkan kami dalam keadaan susah, bayangkan gaji polis masa tu berapa sen sangat , Kak Long belajar kat SMTPD, kak Ngah ,baha, ayi aku Sekolah Linggi sebab Pengkalan Kempas tak ada Sekolah masa tu dan hingga kini pun macam tu ,pekan nya memang sesuai dipanggil pekan koboi, balik cerita pasal susah kami nak makan ayam atau daging tunggu hari raya pastu masa cuti sekolah kak long dan kak ngah kena kerja kilang getah...kesian bukan sahaja bau busuk dah tu penuh ulat (besambung)

Sunday, October 4, 2009

Memori Enam

Seingat aku masa kat Pengkalan Kempas, keluarga kami berniaga kueh karipap maklumlah gaji aruah abah bukannya besar sangat nak tanggung lapan orang... hutang barang runcit kedai Brahim cecah rm 1000.00. Zaman dulu awal 70an 1 ribu tu besar beb, jadi malam malam kami sekeluarga gotong royong buat kueh , abang aku baha tukang uli dan gelek , mak kak Long Kak Ngah tukang gentel kueh, ayi tukang rasa, aku tukang kacau dan pergi ambil hasil jualan kat Linggi kedai mamak Sulaiman.. aku masa tu baru umur 7 tahun naik bas dari Pengkalan Kempas ke Linggi lebih kurang 20 minit .. jualan kadang kadang habis kadang kadang tak habis jual 10 sen satu .. dulu 10 sen besar beb.. (bersambung)

Thursday, October 1, 2009

memori lima

Di Pengkalan Kempas, kami duduk kat atas bukit mengadap Sungai Linggi (orang putih kata river view), mengadap Klinik Bidan, mengadap Pasar Abeng, mengadap Kedai Todi, mengadap rumah cik Md Nor Posmen bini nama kak Pah dan mengadap rumah Leman Kudung, sebelah rumah ada pokok mangga besar.. bawah pokok ini tempat aku main gasing, main guli.. jarang dapat main sampai abis, asyik kena pegi kedai...sebelah pokok mangga ada reban ayam sebelah depan reban ayam ada longgokkan kayu api...selalu yang pergi cari kayu api boleh kata semua terlibat kecuali sitah dan dillah yang masih kecil..tukang kapak kayu api aruah abah, belakang rumah ada kebun rambutan tak menjadi , belakang kebun rambutan atas bukit ada kandang babi...besar beb.. bergolek golek beb....loya bila terkenang kandang babi,..sebelah belang kiri rumah iala kuarters JKR, sebelah kuarters, rumah townboard.. gambaran keadaan sekeling di Pengkalan Kempas..

Sunday, September 27, 2009

Memori empat

Sorry lama tak update blog ni sibuk siapakan thesis...
Seingat aku tahun 1970 , kami berpindah ke Pengkalan Kempas. Di Pengkalan Kempas dipanggil Pondok Polis saja sebab pekan kecil ada dua keluarga Polis iaitu ayah aku, dan juga Pak Chik Mail. (Dah aruah dah Pak Chik Mail) Anak dia yang sulung bang Ramli selalu jugak telefon aku tanya kan khabar keluarga. Satu peristiwa yang tak boleh lupa masa hari pertama pindah kak ngah, kak long semou beradik ajak lumba lari panjat tangga.. nasib tak baik kepala aku kena mata tangga pertama .. banyak darah, tapi ada satu keajaiban emak aku cepat cepat bubuh kopi untuk berhentikan darah, alhamdulillah, berhenti darah , nasib baik tak bubuh gula sekali kalau tidak jadi kopi merah..(bersambung)

keputusan family games mklinggi

tuan tuan dan puan puan, dan semou orang kampung linggi, Rombau, Jelobo, Seromban, kajang , serdang , Cheras dan semua yang mengenali mklinggi, ada 10 kategori permainan, yang dapet main lapan jo, sobab ahli mklinggi tak beraapa fit, bekalan dari aaaaaadk terputus, 2 games yang tak dapet main iolah memburu groto (treasure hunt) dan altimate warrior . Tak po akan datang kot.

Johan keseluruhan - super avanza (markah semuo dio yang tulis sendiri)
Kedua - Pok Pok Chik ( bekas juara yang ditumpaskan he he he cuba lagi)
Ketiga- Olim Vigo (Monang Sorak )
Keempat - Livina baru belum bukak plastik ( monang sobab ada pemain import)
Kelima - Two Three cat running ( maintain- sebab penaja kena jaga)
keenam- le Pakar (pasukan meningkat naik)
boom boom boom - ( cuba lagi jangan putus asa- banyak latihan ok.. but good try)


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Doocu.Com - Free PDF upload and share