Wednesday, November 7, 2007

MEMORI 2

Lahir dalam keluarga sederhana, anak kelima dari tujuh adik beradik. Aku sama seperti anak anak yang lain.Kelakuan agak nakal sedikit suka mencari kebencian keluarga , selalu kena marah, mungkin aku perlukan sedikit perhatian agaknya.Semasa kecil dalam umur 3/4 tahun badan aku agak tembam sikit, lalu digelar king kong berbanding anak jiran kurus kedengking macam cicak kobin lalu digelar kancil. walau bagaimanapun nama king kong kekal sampai tua nak elak aku malu aku dipanggil Akong. yang kawan aku kancil namanya tak lekat pun.masa kecil Kak Long selalu jadi mangsa menjaga aku, nak main rounders pun dia kena dukung aku ,kesian kak long..arwah ayah pesan ibu aku kedua adalah kaklong jangan aku melawan dia.Sampai sekarang dia mengalami bengkok sebelah badan agak agaknya sebab dukung aku selalu kot

Tuesday, November 6, 2007

memori 1

43 tahun yang lampau, disaat itu aku dilahirkan di sebuah daerah Port Dickson Negeri Sembilan. Ikut kata mak aku dilahirkan senang, tapi selalu sakit saja macam tak da harapan hidup,sebab selalu sakit sakit teruk kena asma... tak sangka juga akhir aku dapat bernafas hingga hari ini.


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Doocu.Com - Free PDF upload and share